Friday, April 8, 2011

Kehidupan Baru..

Alhamdulillah hampir sebulan melayari bahtera rumah tangga, setakat ni semua berjalan dengan lancar. Masih seperti dulu, kejauhan sememangnya dugaan bagi kami. Namun InsyaAllah dengan kepercayaan yang telah tertanam di antara sejak dulu lagi, mengutuhkan lagi hubungan ini. Moga hubungan ini sentiasa mendapat keberkatan...Amin..

Monday, December 13, 2010

alhamdulillah..

sebenarnya tak tahu nak tulis dan celoteh. Sekadar nak meluah rasa kisah suka suki hidup..
hari ini dalam sejarah, pergi kerja dangan mata bengkak.Ahakz..macam tak percaya itu aku.. nak tahu sebab mata tu bengkak..jeng jeng..rahsia. hanya yang berkenaan sahaja tahu. Tulis entry ni pun masih rasa sebak semalam.adoiyai..perit sangat..tapi disebabkan ini, buat aku terfikir... baru dugaan sekecil ni aku dah meraung xtentu arah.. macam mana kalau ALLAH uji aku dengan dugaan yang lebih kuat lagi.. Mampukah aku??? namun ALLAH maha adil..dugaan yang diturunkan kepada kita ada semampunya untuk kita hadapi..pokok pangkalnya iman..imanku senipis kulit bawang..aku sangat menyedarinya... Ya, ALLAH, ampuni hambamu ini...

Berbalik pada persoalan mata aku bengkak. puncanya amat mudah, namun isunya amat mendalam... kelupaan..penyakit aku...aku mungkin seorang yang kurang prihatin, pelupa dan sewaktunya..cuma aku sangat terkilan bila kasih sayang aku dipertikaikan... kehebatan..kesempurnaan..dambaan semua insan.aku juga begitu...

aku rasa isu yang sama juga berlaku dahulu..dan ia bukan suatu kisah panjang untuk diperkatakan. berbalik kini, aku rasa aku perlu kuat dan tabah.. Sayang itu universal..cara untuk meluahkannya juga kompleks..
Entahlah, setiap insan punya alasan tersendiri..

Bila aku menulis di sini cuma satu cara aku meluah apa yang terbuku di dalam dada namun bukanlah segalanya..aku hanya ingin mengurangkan sedetik rasa yang mampu membuatkan air mata ini jatuh lagi tanpa di pinta...

aku dambakan kasih sayang yang sejati..suci..abadi..ALLAH..segalanya bagiku...ANdai esok dugaan itu lebih hebat, aku pohon ALLAH tabahkan hatiku...kerna ku bimbang jatuh dan terus rebah..

Tuesday, July 13, 2010

17.7.2010

lagi 5hr..erm tu bos kate..yup lagi 5 hari..hahaha xde pape pun pada 17.7.2010 tu. cuma petang tu akan berlangsungnya majlis potong jambul amani zaheera dan majlis pertunangan. lalala~ macam tak percaya. sekarang dah ada amani dan aku sekarang dalam perjalanan membina satu kehidupan berkeluarga seperti angah dan yang lain-lain. untuk kawan-kawanku yang terdekat, mai dan afza, maaf. kalian akan ku khabari pada petang 17.7 ni..bukan tak sudi nak berkongsi saat bahagia.... aku ingin melakar sejarah dengan caraku sendiri setelah episod-episod itu berlalu. namun jangan ada yang terkesan dengan cara ku ini, bia memori itu ku lakarkan dengan indah-indah sahaja. gubahan dah siap. hitam-biru turqoise..ahaaa semua orang komplen.. napa mesti hitam.. dan aku jawab.. hitam kegemaranku..misteri..biru pula inspirasi.hahaha..
sangat simplez namun itu dari hati aku untuk yang tersayang....baju, harap petang ni siap...keke beres.. tinggal buah dan sireh junjung. dan sebenarnya..aku tak tahu nak gubah macam mane.. buat untuk orang senang...sendiri punya... blank..wink3..
ape pun aku harap majlis pada sabtu ini berjalan dengan lancarnya. moge ALLAH permudahkan segala urusan....dan majlis itu di berkati olehNYa..
doakan aku ya kawan-kawan..

Thursday, June 3, 2010

Allamdulillah....

Hepi birthday to my self.. hahaha dah tua rupanya. Oppss pakcik kate bukan tua tapi dewasalah nis.. Owh yeke... Erm syukur sangat2 pada yang maha Esa... Dalam minggu ni banyak sangat kejutan yang sangat best untuk diri ini. Semalam 2 Jun 2020, bermakna genaplah umur Nis 24 tahun. Diam tak diam, dah berusia 24 tahun dah Nis ni. Maksudnya, dah 24 tahun jgk lah Nis mengharungi suka duka sebagai makhluk Allah yang menumpang di bumi yang sementara ini. Semuanya ada pahit manisnya untuk hidup ini.

Semalam, best sangat... hahaha nis dapat bunga sejambak besa. Erm semestinya dari chenta hati Nis...Dah lama dia plan rupenya.. tak sangka sangat. Terima Kaseh sayang... Terima Kaseh gak untuk Ayah, Mak, Ila dan Ekal yang sporting. Jugak buat Jepon@ angah yang membelanja kek buat NIs dan kawan-lawan terutamanya Jainah nun jauh di Sarawak sana dan Abang Din nun di Utara yang mengingati tarikh 2 Jun  semalam,(hehehe walaupun reminder hp yang tlg ingatkan korang tapi korang memang bestlah..)

Dan sebenarnya kejutan yang mula-mula Nis terima ialah NIs lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan awam gred 41 yang nis ambil 10 april yang lalu. sangat tak sangka Nis lulus kerana Nis memang tak menaruh harapan yang tinggi untuk lulus. Masa tengok result hari tu, 3 kali nis semak. Alhamdulillah memang nis lulus. Wahhh memang sangat gembiralah. Yelah sebelum ni KPLi dan DPli tak berjaya. memang frust sangat. Jadi bila ujian SPa lulus.. tersangat gembiralah. Sujud syukur kepada ALLAH. Lepas ini PAC menanti dan Nis memang berdebar jgak dengan PAC ni. Yelah, nis lum dapat sebarang info tentang PAC. so, sesiapa yang ada info tentang PAC , sudi2kanlah share dengan Nis hea. Tak rugi kan kalau kita berkongsi ilmu. 

OWhhh.. Nis tak bagitau mak ayah lagi, nanti surat sampai..jadi kejutan wat mereka berdua..

MOga kegembiraan ini kekal, andai ada duka yang bakal bertamu... mungkin ini dugaan buat diri yang kerdil ini. 

Terima Kaseh ALLAH....  

Monday, May 17, 2010

semalam...

melewati semalam yang telah berlalu, terkadang aku seperti tertanya. adakah aku melewatinya dengan mengisi semalam itu agar benar-benar bererti. dan sekarang aku dihadapan pc menulis tentang semalam. sedangkan seharusnya aku berfikir untuk melakukan sesuatu yang berfaedah untuk hari ini agar apabila hari ini menjadi semalam yang bermakna pada hari esok.

Saturday, April 24, 2010

hitungan detik itu...

menjalani hari demi hari, tatkala menghitung hari yang tak pernah berundur semalam membuat aku sedar, bahawa kedewasaan sentiasa menggamit aku sentiasa ditahap terbaik menjadi seorang insan. Menjalani hari entah sehingga bila dan sampai bila membuatkan aku sentiasa terfikir tentang persoalan yang kadang-kadang sememangnya aku sendiri bingung untuk menjawabnya. Kematian buat aku menggigil ketakutan. Kealpaan dan kelalaian aku sebagai hamba membuat aku sememangnya tidak bersedia jika nanti terpisah nyawa dari badan. Namun kematian bukanlah sesuatu yang sememangnya telah tertulis dalam takwim kita sebagai manusia. itu urusan ALLah dan malaikat pencabut nyawa. sebelum menumpang melakar sejarah di bumi Allah ini kita sendiri telah berjanji akan menjadi khalifah terbaik. Namun janji tinggal janji, syaitan tak melupakan janjinya untuk menyesatkan anak cucu Adam. Setiap yang kita lakukan pasti bisikan halus si penderhaka itu sentiasa bersama kita. Sedia atau tidak melalui saat kematian itu seharusnya kita sentiasa berusaha untuk menjadi makhluk yang bertanggungjawab tentang tugasnya.

Tuesday, April 13, 2010

di sebalik hati

di sudut hati yang punyai berbagai ruang, masih ada lagi ruang untuk aku bermonolog sendirian.

derita semalam...dosa semalam , masih bagai bayang-bayang mengejar aku tanpa jemu... aku tak suka mimpi itu..