Tuesday, January 5, 2010

.....welcome 2010........

Ermm sekejap jer dah menjejaki tahun 2010. apa azam untuk tahun ni yer..sebelum tu, semua azam dan impian tahun lepas dah tercapai dan terlaksana ke belum? yang pasti aku bukanlah orang yang terlalu memikirkan azam dan segala macam ni. Bagi aku, selagi aku dapat menikmati keindahan, ke bahagian dan segala nikmat yang ALLAH pinjamkan kepada aku, semua tu dah mencukupi bagi aku. Syukur ke hadrat ILAHI dengan segala nikmat yang telah dianugerahkan.

Mengimbau 2009 yang telah 5 hari aku tinggalkan, terlalu banyak pahit manis, suka duka pengalaman yang semakin hari mendewasakan aku dalam meniti kehidupan ini. Bergelar pelajar tahun akhir, exam final yang cukup dengan pelbagai cabaran, urusan perkahwinan angah yang memenatkan tapi cool, majlis konvo yang meriah tapi cukup sederhana untuk diri aku, berpuasa dan berhari raya. owh tidak terlupa tahniah buat Ila yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UTM...Alhamdulillah. Dan untuk aku sendiri, pahit manis dalam pengalaman mengasihi dan menyayangi...Ahhh bisa buat aku tersenyum dan menangis sendiri. Semoga episod itu lebih mematangkan aku pada masa hadapan.

Kini, langkah pada tahun baru ini, aku inginkan agar aku lebih yakin (hahaha pakcik aku kata aku kurang yakin orangnya). itu memang antara kelemahan aku yang aku cuba aku perbaiki sejak aku melangkah kaki ke institut pengajian tinggi dan Alhamdulillah semakin lama, semakin aku perolehinya walaupun pada mata insan lain belum cukup meyakinkan lagi. Tahun ini juga, moga aku dapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang aku ada, biar lambat asalkan berbaloi. Untuk waktu ini, aku cukup bersyukur dengan rezeki yang ada. Sikit-sikit dapat juga membantu mak dan ayah, dapat juga aku menambah pengalaman bekerja serta menghadapi persekitaran kerja yang mencabar dengan karenah manusia yang semuanya unik-unik belaka.

Tahun ini juga nampaknya, beberapa teman-temanku yang bakal menamatkan zaman sendirian mereka. Erm sementelahan inilah buat aku rasa semakin dewasa. Memasuki alam rumah tangga, bagi aku biarlah aku benar-benar bersedia mental dan fizikal, bukan sahaja akan berhadapan dengan pasangan hidup malahan bakal keluarga baru juga. Semoga kalian yang bakal memasuki fasa perkahwinan , benar-benar telah bersedia daripada segi mental dan fizikal.. Semoga Allah permudahkan urusan hidup kalian, dimurahkan rezeki serta bakal mendapat zuriat penyeri rumah tangga. Dan kepada diri sendiri, tepuk dada tanya selera. Masih jauh lagi agaknya untuk aku bergelar seorang " isteri", "menantu", "adik ipar"," kakak ipar" serta " ibu".insya Allah sampai masa akan tiba juga masa aku bergelar semua itu. dan untuk semua itu, berserah pada takdir dan waktu untuk menentukan segalanya...

Dan apa lagi ya.... owh semoga tahun ini juga, semoga segala dugaan yang mendatang, dapat aku tempuhi dan selesaikan dengan lebih baik berbanding masa-masa lepas.

Pastinya aku mahukan senyuman yang sentiasa menghiasi wajah, orang-orang yang aku sayang dan kasihi... bahagia bersamaku dan hidup mereka. InsyaALLAH... amin.