Saturday, February 14, 2009

aku tak mengerti...

aku tak mengerti mengapa seringkali begini? mengapa ini semua yang harus aku terima? adakah aku yang silap kerna terlalu lembut menyebabkan ramai yang mudah mempersendakan melalui pelbagai cara. adakah sememangnya aku layak diperlaku sebegini. aku penat. terlalu letih untuk melayani segala karenah manusia. aku ingin sekali bersendiri, menjalani hidup dengan caraku yang tak bisa dibantah atau dikritik oleh insan di sekelilingku.

aku ingin sendiri. sendiri melayani waktu yang berlalu dalam hidupku. andai ada ruang waktu untuk aku sendiri atau wilayah yang mahu menempatkan aku sendiri, akulah sukarelawan pertama yang mahu ke daerah itu. bersendiri merehatkan minda dan mengamati dunia. andailah ada waktu itu.

aku tak tak faham, mengapa begini dan harus bagaimana yang sepatutnya. ramai di sekelilingku tetapi aku tetap sunyi, adakah sememangnya aku layak untuk menghuni di wilayah sepi itu atau sememangnya aku akan sentiasa begini...

rinduku pada ketenangan dan kedamaian, menggamit aku ke sana, melayari hidup tanpa ada gangguan.ahhh aku sememangnya kehilangan. sebenarnya apa yang aku mahukan?ada jawapan untuk tiap persoalan. seringkali aku keseorangan bila disamping yang lain membuat aku kesunyian dalam tawa dan senyuman.ahhhh aku memang tak mengerti..