Tuesday, December 8, 2009

nukilan ni dah lama aku nukilkan buat seorang teman. baru hari ini terbaca semula... dikongsi pula dengan sesiapa yang sudi...

dia bukan insan,

kerna dia tidak mampu menilai hubungan sesama insan,
dia buta dengan apa itu namanya sebuah perhubungan,
persahabatan dan kasih sayang,
sahabat bukan untuk dinilai,
sahabat adalah untuk dihargai,
tidak mengapa teman,
biarkan dia yang bukan insan itu tenggelam dalam dunia keangkuhannya,
biarkan dia bersendiri sendiri,
asalkan kita terus sedar akan kemahuan dan kehendak sendiri,
hidup kita bukan di tangannya,
hidup kita dalam genggaman kita sendiri,
ayuh kita terus mengorak langkah mengejar dan menggapai apa yang kita mahu,
biarkan dia di situ,
biarkan....