Wednesday, February 4, 2009

aku dan kehidupan



senja menjelang tiba. menandakan penghujung hari bakal berlabuh meninggalkan sejarah pada hari ini dalam diri setiap insan. aku seperti insan lain, tetap taat menjalani kehidupan tatkala nafas masih berhembus di rongga hidung. celik mata sahaja, minda terus berfungsi, memikir jadual harian yang sentiasa berputar untuk menrencanakan tugasan harian yang tidak pernah selesai.
semalam aku tinggalkan tatkala masa berganti bersama tarikh luput yang tidak pernah berakhir. namun memori momen semalam bersamanya seakan segar di setiap ruang minda mengisi setiap detik masa yang berlalu. senyuman terukir di bibir bagi menyejukkan hati yang sedang jenuh menanggung kerinduan yang tidak berpenghujung. hanya Allah yang maha Mengetahui.
memori itu ke semat erat-erat kerna hanya kau dan aku yang tahu. walau kita tak punya perasaan tapi terdetik di hati bertanya mengapa? walau kau pernah berkata ya untuk itu, namun aku tak pernah mengatakan tidak untuk ini...ahhh dilanda kebingungan membuat mindaku hilang fungsi buat seketika. namun seperti pernah aku bicarakan... kita hidup hanya sementara dan kita berhak untuk punyai satu sejarah untuk dikenangkan suatu masa nanti.
moga itu, akan jadi momen terindah antara kau dan aku pernah lalui..
moga ALLAh ampuni dosa-dosa makhluknya yang kerdil seperti kau dan aku...