Thursday, February 12, 2009

aku, dia dan klinik usm

hari ni aku teman kengkawan aku g klinik usm. nak amik ubat katanya. sorang obat jerawat n sorang lagi nak vitamin. arakian lepas kelas dr.prema kami un berjalan ke lokasi pilihan. masuk jer klinik, suasana agak lengang kerana mungkin cuaca agak panas. perkara pertama yang aku buat ialah menimbang berat badan yang rasanya telah meningkat berbanding berat yang lalu.. hahhh sememangnya tekaan aku tepat belaka apabila beratku up 55kg. huhuhu sekarang kat kepala otak aku tengah fikir, macam mana nak kembali kepada 50kg. means aku dah berisi=gemok. aku gemok ke? atau bulat? bak selalu kata seorag kawan aku degan trademark terbaru dia "insan yang cemerlang..ye..ye..ye.." uwaaaaaaa tak mau jadi bulat. tp itu semua adalah apa yang aku fikirkan di fikiran.
ada dengan naja p jumpa MA. aku, iza n madi dok buang masa kat luar, maen timbang-timbang dengan tgk orang..hahaha kami kan pemerhati sosial..dan tersebutlah kisah apabila iza menunjukkan kepada aku sepasang kekasih merpati sejoli di hadapan kami. nama yang diberikan kepada jejaka tersebut ialah " abg library" manakala aweksnya pula " awek saujana". kedua-dua mereka diberikan nama sebegitu kerana lelaki tersebut kerja di perpustakaan usm manakala aweksnya pula tinggal di desasiswa M03 saujana. pada pandangan sekalian kami, guls tersebut telah dikurniakan badan yang tak kurang elok rupa paras n bodynya. setelah ditambah dengan make up untuk memperelokkan rupa wajahnya, bertambah ayulah kononnya. aku pun dok perhatilah pasangan yang agak bahagia di hadapan. hmm bolehlah bagi aku.
tetapi dalam pada tu, si aweks tadi konon-konon bangun dan masuk dalam bilik MA. time dia nak g lek kat tempat dia mendudukkan diri sempat dia membuang pandang ke arah kami yang dok di belakang ni. tengok dan pandang saja ..bagi aku..oklah.. yang buat aku rasa kekurangan hati ialah..dah pandang buat muka "cebik"...isk isk isk ni buat angin aku naik.. ko ingat ko dah bagus sangat ke nak cebik-cebik pandang orang..huhhh... bukankah lebih jika dia melonarkan senyuman, dapat jugak pahala. ini tidak kena hamun jerlah aku ngn kengkawan aku....padan muka. last-last..konon ayu...boyfren bawa naik motor cabuk juga.huhhh,,
wallahualam...