Tuesday, February 10, 2009

tentang kita...


semalam kita di sana melakar sebuah epik agung demi suatu cereka pada masa hadapan. bersama angin dan bayu, kita bergelak bersama demi mencipta satu detik indah yang paling agung dalam era kehidupan yang entah bila dan di mana akan berulang kembali. demi waktu itu, kita lupakan segala detik dan memoir duka waktu pilu agar keriangan itu tidak terganggu. aku engkau dan mereka semua tertawa. masing-masing mahu mencipta keindahan hidup yang mungkin hanya sekali berlaku dalam hidup. hidup hanya sekali, biar waktu ini membuktikan bahawa kita pernah merasa apa itu tawa? apa itu gembira? nah, biar rasa ini membenarkan kita rasai apa yang pernah kita impikan.

namun demi waktu gembira yang hanya beberapa detik itu, antara kita ada yang hanyut melupai saat sedih tatkala bersendirian menghadap sang Penciptanya nanti..andai ku tahu...kapan tiba ajalku....petik kata itu seakan membawa erti bahawa jikalau kita tahu sampai masa saat itu tiba..namun kehidupan membuktikan sebaliknya.. detik itu datang tanpa ada siapa terduga..hanya mampu berserah kepada yang maha berkuasa.. dan sebagai hamba kita hanya perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapnya dengan segala peluang yang telah berikan..
moga ALLAH sentiasa berada di hatiku tatkala gembira dan duka...