Tuesday, March 31, 2009

di antara keamanan atau kebebasan.. yang mana satu pilihanmu...

kelmarin aku berpeluang menonton teater "si bongkok tanjung puteri". cerita sebenarnya ada teater yang dipentaskan oleh rakan-rakanku daripada pusat seni yang major dalam lakonan dan pengarahan. Kagum ku melihat mereka membawa dan menghayati watak-watak. ya, ejal mempunyai bakat. mungkin sikapnya agak beremosi sesuai menjadi seorang pelakon. moga suatu hari, dia berjaya menjadi seorang pelakon yang dikenali. sama-samlah kita mendoakannya.

berbalik kepada soalan kebebasan atau keamanan, yang mana jadi pilihanmu? kedua-dua ini ilham daripada teater "si bongkok tanjung puteri". namun yang ingin ku bincangkan di sini bukanlah berkaitan tentang si bongkok dan cerita itu, kerana aku sendiri tidak mengetahui dengan mendalam tentang sejarahnya.

antara kebebasan atau keamanan, aku lebih memihak kepada keamanan. bagi ku dengan adanya keamanan pasti kebebasan dapat dirasa. mengapa? tidakkah dengan ada kebebasan pasti ada keamanan. pasti akan ada yang bertanya begitu. hmm pada pendapat aku, dengan adanya keamanan, kita bebas untuk melakukan apa sahaja. bebas di sini bukan bermaksud untuk kita berkelakuan devian, tetapi dengan keamanan, kita bebas untuk bersuara dengan melakukan perkara yang betul selagi kita mematuhi undang-undang negara, agama dan adat. jika aman, tidak perlulah kita berperang untuk mencapai kata sepakat. cukup hanya bermusyawarah, insya Allah, kesatuan berjaya dicapai. namun jika kita memilih untuk bebas. ya kita bebas untuk melakukan apa sahaja yang kita mahukan. namun ramai di antara kita, sering alpa. kebebasan yang disalah ertikan. lihatlah pada dunia hari ini. di bumi merdeka, yang bebas daripada penjajah. dari segi zahir, Alhamdulillah, kita telah merdeka, namun itu hanya dari lahiriah sahaja. bagaimana dengan minda dan batiniah. lihat di sekeliling kita, penjajahan budaya, minda dan pelbagai lagi jajahan yang menjajah kita. dan kita dalam tidak sedar, menerima tanpa menyedarinya,. gejala sosial seperti mat rempit, pembuangan bayi bermaharajalela di seluruh pelusuk negeri. kecanggihan teknologi mengatasi nilai moral yang sepatutnya lebih utama dalam diri setiap individu. bukan aku benci atau menolak teknologi, sedangkan aku sendiri salah seorang pengguna teknologi tersebut. Cuma diri ini sering tertanya, mengapa kebebesan dunia tanpa sempadan ini sering disalahgunakan. mengapa kebebesan dunia dihujung jari ini digunakan untuk merobohkan sebuah keamanan. semoga kalian bisa berfikir sejenak tentang kemanan dan kebebasan agar kita sama-sama dapat bermuhasabah diri ke arah Allah..

1 comment: