Saturday, April 24, 2010

hitungan detik itu...

menjalani hari demi hari, tatkala menghitung hari yang tak pernah berundur semalam membuat aku sedar, bahawa kedewasaan sentiasa menggamit aku sentiasa ditahap terbaik menjadi seorang insan. Menjalani hari entah sehingga bila dan sampai bila membuatkan aku sentiasa terfikir tentang persoalan yang kadang-kadang sememangnya aku sendiri bingung untuk menjawabnya. Kematian buat aku menggigil ketakutan. Kealpaan dan kelalaian aku sebagai hamba membuat aku sememangnya tidak bersedia jika nanti terpisah nyawa dari badan. Namun kematian bukanlah sesuatu yang sememangnya telah tertulis dalam takwim kita sebagai manusia. itu urusan ALLah dan malaikat pencabut nyawa. sebelum menumpang melakar sejarah di bumi Allah ini kita sendiri telah berjanji akan menjadi khalifah terbaik. Namun janji tinggal janji, syaitan tak melupakan janjinya untuk menyesatkan anak cucu Adam. Setiap yang kita lakukan pasti bisikan halus si penderhaka itu sentiasa bersama kita. Sedia atau tidak melalui saat kematian itu seharusnya kita sentiasa berusaha untuk menjadi makhluk yang bertanggungjawab tentang tugasnya.

No comments:

Post a Comment